Rumah Kosong短片放映會|Tayangan Filem Bersama Kolektif Rumah Kosong
Masa: 20 July 2025, 8pm
Lokasi: Rumah Attap Library & Collective
Rumah Kosong merupakan kumpulan yang bertapak di Kelantan dengan ahli di serata Malaysia dengan cita-cita untuk menyatukan seni, filem dan masyarakat. Melalui pembikinan filem dokumentari dan cereka, mereka meneroka hubungan antara manusia, alam, budaya, dan sejarah dengan fokus pada masyarakat Kelantan. Selain itu, Kolektif Rumah Kosong juga terlibat dengan penganjuran tahunan Pesta Filem Kota Bharu, tayangan filem bulanan, penerbitan zine, dan lain-lain. Mereka percaya bahawa dalam dunia hari ini yang dikuasai oleh media dan budaya visual, kecelikan visual adalah mustahak untuk melihat dunia secara lebih kritis. Kolektif Rumah Kosong akan tayangkan dan kongsikan tentang tiga filem pendek yang dibikin oleh ahli-ahli Rumah Kosong.
Rumah Kosong是來自吉蘭丹的組織,它的成員活躍於馬來西亞各地,他們的共同關懷是如何結合藝術、電影與社會。透過創作紀錄片與劇情片,他們探討人與自然、文化、歷史之間的關係,特別是吉蘭丹社會的故事。 Rumah Kosong是每年一度的哥打峇魯影展(Pesta Filem Kota Bharu)主辦單位之一,他們也舉辦每月電影放映、出版小誌等等。他們相信在媒體與視覺文化主導的現今社會,影像素養對於批判認識世界至關重要。 Rumah Kosong將在這場放映會播放與分享三部該組織創作的短片。
Filem #1: Nostalgia Pawagam Kelantan
RumahK_s_ng| 2023|12minit
Berpaut pada erti kehilangan dan kenangan, dokumentari pendek ini cuba menyelusuri sisi nostalgia yang dilalui oleh mereka yang menonton filem di pawagam di sekitar Kota Bharu pada tahun 70-an.
短片記錄1970年代許多哥打峇魯人到電影院觀影的回憶與懷舊情懷。
Filem #2: Ggésék
RumahK_s_ng & Low Wei Yan|2024|18 minit
Sebuah dokumentari pendek yang cuba mempertanyakan hubungan manusia dan mesin dalam kehidupan seharian pekerja-pekerja kilang mancis tertua di Malaysia.
這部短片記錄馬來西亞最老的火柴廠工人的日常生活中,人與機器之間的互动關係。
Filem #3: Sinemaraga
RumahK_s_ng|2025|7 minit
Sebuah renungan pada 'raga' atau anggota tubuh yang terlibat ketika berada dalam 'spektrum sinema': mata, telinga, memori kolektif dan juga hati nurani. Melorong untuk kita melihat lebih dalam tentang makna sinema yang selama ini bergulat pada ruang dan tontonan.
這部關於電影的實驗短片,探討那些在電影感知層面上被調動的身體部位:眼睛、耳朵、集體記憶,以及人性。短片引領我們思考電影作為一個不斷在空間與觀影體驗之間拉扯的媒介。
You may also like the following events from Rumah Attap Library & Collective 亞答屋84號圖書館: