Assalamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan izin Allah S.W.T., pihak Yayasan Solok Saga berbesar hati memaklumkan bahawa Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2025 akan dianjurkan bersama anak-anak yatim, asnaf fakir miskin serta para pelajar tahfiz.
Majlis ini bertujuan menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W. serta memperkukuh ukhuwah sesama umat Islam dalam suasana penuh penghayatan dan keberkatan.
Butiran Majlis adalah seperti berikut:
Tarikh:
*Sabtu, 4 Oktober 2025* (12 Rabiulakhir 1447H)
Masa:
*9.00 pagi – 4.00 petang*
Tempat:
*Dewan MPJ Seri Umbai, Pekan Umbai, 77300 Merlimau, Melaka*
Jamuan:
*Nasi Beriani Kambing, Ayam dan minuman disediakan*
Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan kehadiran dan sumbangan ikhlas daripada tuan/puan demi menjayakan majlis ini.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
• En. Mansor bin Umar – 019-6019314
• En. Mazlan bin Kasim – 017-2412854
• En. Abd Razak bin Sabtu – 016-2227468
Sekian, wassalamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yayasan Solok Saga